Kata Aluan Timb Pengerusi

 

salam 01

Utz sufian pSegala puji dan kesyukuran hanyalah ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayahNya Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur (Jariah Annur) berjaya ditubuhkan.

Alhamdulillah dengan tertubuhnya Jariah Annur kita semua dapat berganding bahu untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan selaras dengan tuntutan Agama Islam. Insya Allah selain menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan, Jariah Annur berhasrat untuk membuka sebuah Maahad Tahfiz untuk anak-anak yatim dan miskin yang ditawarkan secara percuma. Maahad Tahfiz yang dicadangkan ini adalah berteraskan kurikulum tahfiz dan keusahawanan yang bermatlamat untuk melahirkan huffaz -huffaz yang berjaya dalam dunia keusahawanan. Maltamat ini adalah bagi menteladani junjungan Nabi Muhammad SAW dan beberapa orang sahabat baginda seperti Syaidina Abdul Rahman Bin Auf yang berjaya dalam dunia perniagaan serta membelanjakan hasil keuntungan perniagaan tersebut pada jalan Allah SWT.

Justeru itu, amat berbesar harapan saya agar kita semua dapat bekerjasama dalam menjayakan usaha murni ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu dan menyokong Jariah Annur.

 

Sekian, terima kasih.

Wassalam

 tt sufian a

 

 

Pautan Luar

iklan v2 01

Bilangan Pelawat

Hari Ini18
Kelmarin33
Minggu Ini85
Bulan Ini635
Jumlah13368

2020-10-21

Sumbangan

Salurkan sumbangan anda ke 

logo b islam 01

Nama : Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur
Bank : Bank Islam (M) Berhad
No. Akaun: 02105010029570