Kata Aluan Setiausaha
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan taufik dan inayahNya Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur dapat ditubuhkan.
Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan, adalah tidak dapat dinafikan bahawa sumber kewangan adalah antara faktor yang terpenting dalam kesinambungan bagi sesebuah NGO. Sehubungan itu selain menerima sumbangan daripada masyarakat, Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur telah mengambil inisiatif menjalankan kegiatan ekonomi untuk mengumpul dana untuk pertubuhan. Justeru itu melalui kerjasama antara Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur dengan Jariah Annur Agency satu memorandum persefahaman(MoU) telah ditandatangani untuk menjalankan kegiatan ekonomi untuk dana pertubuhan. Jariah Annur Agency selaku wakil takaful menawarkan perkhidmatan memperbaharui takaful kenderaan dan roadtax yang boleh dilayari melalui laman sesawang www.myjariah.com. Dengan menggunakan perkhidmatan ini anda secara langsung turut menyumbang kepada dana pertubuhan bagi menjalankan aktiviti -aktiviti kebajikan.
Semoga projek amal melalui aktiviti ekonomi ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Sesungguhnya kami di Jariah Annur amat mengalu-alukan sokongan daripada anda untuk menjayakan projek amal ini.
Sekian, terima kasih.
Wassalam