Kata Aluan Pengerusi

salam 01

azim pasport ucapan aluanAlhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan inayahNya Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur telah berjaya ditubuhkan pada 29 April 2018 bersamaan 13 Syaaban 1439 H. Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur (Jariah Annur) adalah sebuah Badan Pertubuhan Kebajikan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Penubuhan Jariah Annur ini lahir daripada cetusan idea daripada beberapa orang sahabat untuk mewujudkan satu wadah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan membantu anak-anak yatim, golongan asnaf dan pihak-pihak yang memerlukan pembelaan. Sehubungan itu, gandingan 7 orang ahli jawatankuasa dalam pertubuhan ini yang terdiri daripada pelbagai bidang kerjaya telah berkerjasama menubuhkan NGO ini bagi menyahut seruan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Selaras dengan moto pertubuhan “Amal & Bakti” semua ahli jawatankuasa akan mencurahkan segala tenaga dan buah fikiran untuk membangunkan Jariah Annur menjadi sebuah NGO yang cemerlang dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan. Insya Allah dengan sokongan daripada semua lapisan masyarakat Jariah Annur dapat melaksanakan lebih banyak aktiviti-aktiviti kebajikan sama ada di dalam atau luar negara.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur serta pihak -pihak yang membantu sehingga tertubuhnya NGO ini. Tahniah juga diucapkan kerana telah mempunyai sebuah laman web untuk pertubuhan ini, dan diharapkan Jariah Annur akan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa-masa akan datang. Semoga usaha murni kita semua ini mendapat keredaan daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih,

Wassalam

tt asim a 

Pautan Luar

iklan v2 01

Bilangan Pelawat

Hari Ini17
Kelmarin33
Minggu Ini84
Bulan Ini634
Jumlah13367

2020-10-21

Sumbangan

Salurkan sumbangan anda ke 

logo b islam 01

Nama : Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur
Bank : Bank Islam (M) Berhad
No. Akaun: 02105010029570