Pengerusi

Pengerusi

Ustaz Muhammad ‘Azim Bin Omar

Berumur 38 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir. Beliau memulakan kerjaya selaku guru di Maktab Mahmud Bandar Baharu dari tahun 2009 hingga 2012. Pada tahun 2012 bertukar ke Maktab Mahmud Alor Setar dan seterusnya pada tahun yang sama bertukar sebagai pegawai di Bahagian Akademik Lembaga Maktab Mahmud hingga sekarang. Beliau adalah Ketua Biro Agama & Kebajikan dalam pertubuhan ini. Selaku pengerusi beliau bertanggungjawab untuk membawa pertubuhan ini menjadi sebuah NGO yang cemerlang dan dinamik selaras dengan ajaran Agama Islam.

 


Timbalan Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Ustaz Mohd Sufian Bin Md. Zainol Al- Hafiz

Berumur 38 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat daripada Maahad Qiraat Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir. Pada masa kini beliau adalah guru di Maktab Mahmud Alor Setar sejak tahun 2008 hingga sekarang. Beliau adalah Ketua Biro Pendidikan & Kerohanian dalam pertubuhan ini. Beliau juga dipertanggungjawabkan sebagai ketua bagi cadangan merealisasikan hasrat pertubuhan ini untuk membuka sebuah Maahad Tahfiz untuk anak-anak yatim dan miskin.

 


Setiausaha

Setiausaha

En. Mohd Fazil Bin Abdullah

Berumur 44 tahun. Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam daripada Politeknik Sultan Abdul Halim Muadazam Shah (POLIMAS). Beliau bertugas sebagai Penolong Jurutera di Lembaga Maktab Mahmud, Alor Setar sejak tahun 2005 hingga sekarang. Sebelum itu beliau pernah bertugas di syarikat pembinaan dan pemaju perumahan selama 6 tahun. Beliau adalah Ketua Biro Perancangan & Pembangunan Organisasi dalam pertubuhan ini.

 


Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha

En. Zohairi Bin Hamzah

Berumur 48 tahun. Berkelulusan Diploma Pengurusan Bank daripada Institut Teknologi Mara (ITM) Perlis dan Diploma Kejuruteraan Awam daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan Pengurus Jariah Annur Agency iaitu syarikat yang ditubuhkan bagi menjalankan kegiatan ekonomi bagi mengumpul dana untuk pertubuhan. Beliau adalah Ketua Biro Ekonomi dalam pertubuhan ini.

 


Bendahari

Bendahari

Pn. Noor Zaihan Binti Mokhtar

Berumur 40 tahun. Berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim. Beliau mula bekhidmat sebagai guru di Taska Kemas sejak tahun 2001. Pada masa ini bertugas sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat selaku guru di Taska Permata Kemas Parlimen Alor Setar. Beliau adalah Ketua Biro Hal Ehwal Anak Yatim dalam pertubuhan ini.


Ahli Jawatankuasa (AJK)

Ahli Jawatankuasa (AJK)

En. Azurin Zuraidi Bin Azizan

Berumur 48 tahun. Berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat daripada Institut Teknologi Tun Abdul Razak. Beliau memulakan kerjaya di Lembaga Maktab Mahmud sejak tahun 2003 dan pada masa kini bertugas sebagai Ketua Pembantu Tadbir di Maktab Mahmud Alor Setar. Beliau adalah ketua Biro Hal Ehwal Asnaf dalam pertubuhan ini. Beliau adalah seorang yang aktif dalam beberapa bertubuhan kebajikan dan program kemanusiaan. Beliau telah dianugerahkan pingat Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah dan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong.


Ahli Jawatankuasa (AJK)

Ahli Jawatankuasa (AJK)

En. Mohamad Asrul Bin Abdullah

Berumur 30 tahun. Berkelulusan Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Sains Kesihatan Sungai Buloh. Beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan Negeri Kedah mulai 2012 hingga sekarang. Beliau adalah Ketua Biro Tugas-Tugas Khas dalam pertubuhan ini.

Ahli Jawatankuasa

Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur (Jariah Annur) adalah sebuah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti -aktiviti kebajikan khususnya kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf yang memerlukan pembelaan . Selain menyasarkan bantuan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf, Jariah Annur juga menghulurkan bantuan kemanusian khususnya kepada umat islam di negara yang terlibat dengan peperangan dan penindasan serta lain-lain bantuan yang difikirkan wajar oleh pertubuhan. Jariah Annur ditubuhkan pada awal tahun 2018 dan ia didaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 29 April 2018 bersamaan 13 Syaaban 1439 H. Pada peringkat permulaan penubuhan, Jariah Annur menjalankan aktiviti kebajikan membantu anak-anak yatim dan golongan asnaf. Dalam pelan perancangan 5 tahun selepas penubuhannya pihak pengurusan menyasarkan untuk membuka sebuah Maahad Tahfiz untuk anak-anak yatim dan miskin yang ditawarkan secara percuma.

 

 

 

 

 

Pautan Luar

iklan v2 01

Bilangan Pelawat

Hari Ini22
Kelmarin33
Minggu Ini89
Bulan Ini639
Jumlah13372

2020-10-21

Sumbangan

Salurkan sumbangan anda ke 

logo b islam 01

Nama : Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur
Bank : Bank Islam (M) Berhad
No. Akaun: 02105010029570