Kegiatan Ekonomi

Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur dan En. Zohairi Bin Hamzah (Penolong Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur) selaku Pengurus Jariah Annur Agency telah mengadakan satu kerjasama bagi menjalankan kegiatan ekonomi untuk membantu Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur mengumpul dana bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan. Jariah Annur Agency adalah wakil takaful kepada Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MyEG yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui takaful kenderaan dan roadtax. Perkhidmatan ini boleh dilayari melalui laman sesawang www.myjariah.com iaitu sebuah portal yang ditubuhkan melalui kerjasama oleh kedua-dua pihak tersebut.

Melalui kegiatan ekonomi tersebut keseluruhan keuntungan bersih (setelah ditolak kos operasi) akan disalurkan kepada dana pertubuhan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan. Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandangani antara Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur dengan Jariah Annur Agency bagi merealisasikan projek amal ini. Dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di Jariah Annur Agency anda secara langsung turut menyumbang kepada dana pertubuhan. Semoga projek amal ini mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

Majlis menandatangani MoU antara Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur dan Jariah Annur Agency pada 15 Disember 2018.

MoU
MoU

 

Pautan Luar

iklan v2 01

Bilangan Pelawat

Hari Ini17
Kelmarin33
Minggu Ini84
Bulan Ini634
Jumlah13367

2020-10-21

Sumbangan

Salurkan sumbangan anda ke 

logo b islam 01

Nama : Pertubuhan Kebajikan Jariah Annur
Bank : Bank Islam (M) Berhad
No. Akaun: 02105010029570